Isnin, 25 Mac 2013

kek lapis watermelon (Tembikai)

 kek lapis tembikai ne,saya lihat di fb ..5 Rencah 5 Rasa..alhamdulillah sedap..
Jom Kita intai resepinya..dah malas nak komen banyak2....hihii


Kek Lapis Tembikai

Bahan-bahannya:
Bahan A:
12 biji telur (Gred B) 
(saya guna 10 Gred A)
200gm Gula halus
250gm tepung Hong Kong
170gm Serikaya (tin kecil)
50gm serbuk santan
50gm Horlicks
1 sk esen vanilla
1 sm ovallate

Bahan B:
454gm Butter Golden Churn







(saya guna SCS)
400gm Susu pekat manis

Bahan C:
Chocolate chip @ kismis hitam secukupnya
pewarna merah
pewarna hijau

Cara Membuatnya:
1. Pukul bahan B hingga putih & berkrim. Ketepikan adunan B.

2. Pukul telur, gula, ovallate & esen vanilla supaya telur berbuih sedikit. Kemudian masukkan tepung HK & pukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi putih & berkrim.

3. Masukkan serbuk santan, serikaya & horlicks. Pukul sehingga semuanya sebati. Siap adunan A, masukkan kedalam bekas yang lebih besar.

4. Campurkan adunan A & adunan B. Gaul dengan menggunakan senduk sehingga semuanya sebati.

5. Bahagi adunan kepada 3 bahagian supaya dapat hasilkan:
- 3 lapis hijau
- 2 lapis kuning (plain)
- lapis selebihnya merah.
  (untuk bahagian warna ne boleh ikut suka nak warna apa)


6. Bakar warna hijau dahulu, diikuti plain & diikuti warna merah sehingga habis.

7. Untuk setiap lapisan merah, taburkan chocolate chip.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan